Khamis, 2009 November 19

Cukup Cerita Tentang Jantina

Kita sambung tengok gambar.

Isnin, 2009 November 16

Sedikit Pasal Aku dan Otak

Aura kesibukan tahun ketiga aku sebagai student di sini semakin terasa. Ada saja pekara yang meresahkan. Hujung bulan ini aku dah kena pilih research lab mana nak masuk. Yalah, sebagai student,mesti ada homework,kerja,tugas,atau dengan kata yang agak spontan,'masalah'. Mungkin aku saja yang anggap semua itu adalah satu masalah. Bagi sesetengah mereka yang berdedikasi,semua itu mungkin dianggap 'tanggungjawab'. Aku bukan nak merungut,tapi sekadar nak clear-kan apa yang sebenarnya pusing-pusing dalam kepala aku. Akhirnya,aku tetap seorang lelaki. Pada aku,kiraannya begini.
-----
Lelaki,umpamakan otak mereka penuh dengan kotak-kotak kecil. Kotak-kotak kecil ini telah ditag dengan label-label sendiri seperti label [bola/sukan],[kereta],[study],[kamera],[hari ini baju apa nak pakai],[duit] dan macam-macam lagi yang berkaitan. Faham maksud aku kan?

Kotak-kotak kecil ini memang tak boleh nak dicampur-adukkan. Untuk setiap kali proses,lelaki aku 'keluarkan' kotak ini perlahan-lahan dan mulakan proses. Sebagai contoh,seorang lelaki minat motor. Dia akan buka 'kotak' [motor] perlahan-lahan dan mula menyemak satu persatu isi kandungan. Kemudian jika perlu upgrade motor, lelaki akan 'tutup' kotak [motor] dan dengan perlahan-lahan buka kotak [duit] dan seterusnya. Begitulah otak lelaki beroperasi. Kekurangannya ialah,prosesnya agak lambat dan terlalu banyak 'kotak' sehingga kadang kala lupa di mana kedudukan 'kotak' itu. Ini selalu terjadi pada 'kotak' berlabel [hari jadi mak/gf/kawan]. Tetapi sistem kotak ini efisyen dan tidak bercampur aduk. Tak perlu RAM besar.

Perempuan,umpamakan otak mereka seperti 'gumpalan wayar-wayar' yang menghubungkan [baju],[hari jadi emak],[hari jadi kawan baik],[hari jadi kawan yang kurang baik],[hari jadi bf],[hari jadi kawan baik bf],[makan],[shopping],[study],[duit] dan macam-macam lagi. Semuanya mampu diproses secara serentak. Prosesnya sangat cepat, tetapi selalu 'short'. Dan sampai masa sehingga boleh 'meletop' dan 'black-out'.

Kot? =P

Jumaat, 2009 November 13

Dua Tahun Lorh

Tengah edit-edit gambar outdoor photoshoot Azraff dan Suraya tiba-tiba aku sedar,dah genap 2 tahun sejak aku beli DSLR aku yang pertama (Canon 300D). Sungguh cepat masa berlalu. Dan banyak juga yang aku pelajari dalam masa 2 tahun tu khususnya dalam seni 'tembak-menembak' ni (walaupun aku agak segan untuk melabelkan 'seni' dalam apa yang aku buat selama 2 tahun ini). Bukan nak cakap aku sekarang hebat tahap professional,tapi secara peribadi aku rasa aku banyak improve. Cewwah!

Dan yang terbaru,aku dapat juga capai untuk shoot wedding (walaupun tak ada target untuk capai pun). Baru satu wedding je pun. Aku harap banyak lagi akan datang selepas ini. Dengan itu secara rasminya tawaran dibuka untuk sesiapa nak aku jadi wedding photografer dia orang. Tapi tak terhad untuk majlis kawin saja. Tak kira la selagi aku mampu berkhidmat. Tapi kena faham lah kan,aku sekarang masih lagi belajar di Jepun ni. Jadi,tawaran itu dikira tak valid untuk couple dari Malaysia atau luar dari Jepun (kalau ada). Kecuali,sanggup bayar tiket kapal terbang aku pergi dan balik. Ah,tak payah. Bazir duit je. lol.

Tengah cari model untuk asah bakat. Siapa mau?!

FlickrFlickr